Thursday 5 April 2012

Subhanallah Luasnya Syurga AllahSWT!


Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang dapat membantu kita supaya kita lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Syurga yang Allah SWT sediakan adalah untuk hamba-hamba yang berilmu dan berpandangan jauh ke akhirat, ini kerana orang yang berilmu dan mendapat hidayah sajalah dapat mematuhi perintah dan larangan oleh Nya. Sebagai mukadimah sebelum kita membincangkan secara mendalam  besarnya syurga secara pengiraan hisab (matematik) mari kita hayati dua ayat dari dua surah di bawah;

“Para Malaikat dan Jibril naik (menghadap) Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun,”
Surah al-Maarij ayat 4.

Pengertian surah al-Maarij ayat 4, ini, ialah jarak antara dunia dan langit  memakan masa selama 50 ribu tahun. Dari sumber di ketahui bahawa malaikat itu di perbuat dari cahaya, kelajuan 50 ribu tahun pada surah di atas besar kemungkinan adalah kelajuan cahaya atau pun lebih laju dari kelajuan cahaya. Manakala berbeza erti dengan surah di bawah;

“Dia mengatur urusan dari langit ke bumi kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitungan kamu.”
 Surah As-Sajadah, ayat 5.   
      
Pengertian surah As-Sajadah, ayat 5, ialah perbezaan (ralat) masa, di langit dan di dunia, iaitu satu hari di langit  sama dengan 1000 tahun dunia.

Fenomena sains yang belum dapat di fahami oleh manusia pada ketika itu, sedangkan ilmu yang Allah SWT beri dalam Al-Quran pada dua surah di atas telah terlalu canggih, jauh ke hadapan dari pemahaman sains manusia.
Fenomena  yang belum diketahui ini, telah di kaji oleh saintis yang berbangsa Yahudi, tidak beragama islam, tetapi Allah SWT juga yang membuka hatinya untuk mengkaji fenomena aneh yang berlaku ini, hasil kajian  telah membuka mata orang islam dan bukan islam di seluruh dunia bahawa betapa luasnya pengetahuan dan ciptaanNya. Albert Einstein (1879-1955), telah membuktikan kesahihan teori perbezaan (ralat) masa yang diberi nama relativiti itu, yang  telah diberitahu oleh Allah SWT di dalam Al-Quran lebih seribu tahun yang lalu melalui malaikat Jibril kepada Rasullulah SAW. Wallahualam.

Sememangnya terlalu sedikit  umat islam ketahui mengenai syurga, bagaimana keluasannya, apa yang ada didalamnya secara terperinci dan bagaimana keadaannya di sana. Tujuan saya, bukanlah untuk mencari rahsia Allah SWT dengan ilmu yang cetek ini, tetapi ingin mengkaji dan mengetahui ciptaanNya, supaya kita semua menjadi semakin tinggi takwa kepadaNya insyaallah.

Jika  diambil kaitan relativiti masa di bumi dan masa di syurga, iaitu satu hari di syurga bersamaan seribu tahun di dunia, ia adalah maklumat oleh Allah SWT kepada hambaNya supaya berfikir. Kita boleh mengetahui dengan lebih jelas jika unit  hari di syurga  dan tahun di dunia, ditukar setara dengan saat. 

1 hari Syurga = 1000 tahun dunia ----------------(1)    
  
setarakan persamaan (1) kepada saat seperti persamaan dibawah;   
   
0.24 saat syurga = 86400 saat dunia ------------(2)    
  
Jika berlaku satu putaran lengkap di bumi pada paksinya, maka ia ialah satu hari, satu putaran lengkap bulan mengelilingi bumi bersamaan satu bulan, maka putaran lengkap bumi mengelilingi matahari bersamaan satu tahun. Jadi;   
   
1 hari dunia(86400 saat) = 0.24 saat syurga -----------(3)    
    
Untuk lebih memahami, ditunjukkan secara visual seperti di bawah:


 
Contoh gambarajah di atas menunjukkan bumi yang berputar satu pusingan 360 darjah iaitu dari titik A berpusing pada pusat paksi P sehingga bertemu titik A kembali, mengambil masa selama satu hari bersamaan 86400 saat dunia. Untuk melengkapkan putaran 360 darjah mengikut paksi titik A akan merentasi sejauh 40,074.1 kilometer sehingga bertemu titik A kembali. Ukurlilit bumi ialah 40,074.1 kilometer.    
   
Jika titik  A bumi membuat putaran lengkap pada pusat paksi P  sehingga bertemu semula titik A, mengambil masa satu hari bersamaan 86400 saat; pada ketika yang sama di syurga, a bergerak ke b, pada pusat paksi q, mengambil masa cuma 0.24 saat. Perjalanan A ke A mempunyai ukurlilit 40,074.1 kilometer manakala jarak a ke b juga 40,074.1 kilometer. Mari kita ukur berapakah ukurlilit di syurga(anggapan).
Anggap ukurlilit,    
  
AA = ab = 40,074.1 km ----------------------------(4)    
    
Ukulilit syurga = (86400 saat  / 0.24 saat ) x 40,074.1 km --------------------(5)
                           = 14,426,676,000 km ---------------------------------(6)

Ukurlilit di dunia ialah 40,074.1 kilometer barbanding ukurlilit di syurga ialah 14,426,676,000 kilometer. Sekarang mari kita kira berapa diameternya pula;    
  
Diameter syurga = ukurlilit syurga / PI -----------------------------(7)
                               = 14,426,676,000 / PI
                               = 4,592,157,474 km ---------------------(8)    
    
Diameter bumi ialah 12800  kilometer manakala diameter syurga ialah 4,592,157,474 kilometer. Sekarang mari kita kira berapa jejarinya pula;    
    
Jejari Syurga = Diameter / 2 -------------------------------------------(9)
                       = 4,592,157,474 / 2 --------------------------------------(10)
                       = 2,296,078,737 km ------------------------(11)    
 
Jejari bumi ialah 6400 kilometer manakala jejari syurga ialah 2,296,078,737 kilometer.    
  
Luas sfera = 4 X PI X (r2)  -----------------------------------------(12)   

Keluasan Syurga = 4 X (22/7) X ((2,296,078,737)2)   ------------(13)   
                              = 66,276,289,407,472,800,000 km persegi ----------------(14)   
   
Keluasan dunia ialah 510,072,000 km manakala keluasan syurga iaitu 66,276,289,407,472,800,000 km persegi. Nisbah besar syurga terhadap bumi ialah 129,882,777,381 kali lebih besar saiz bumi. Syurga mempunyai nisbah menghampiri 130 bilion kali lebih luas dari keluasan dunia, Itulah planet yang menempatkan semua orang soleh, jin, malaikat dan semua makhluk soleh yang lain sejak dari zaman nabi Adam lagi, renungkanlah bersama betapa kerdilnya kita semua terhadap Allah SWT. Allahhuakbar!!!... Allahuakbar!!!...Allahuakbar!!!.....
     
Dari pengiraan diatas tahulah kita semua tentang  anggaran secara terperinci, betapa luasnya syurga Allah, pengiraan ini juga adalah menepati firman Allah dalam Al-Quran seperti di bawah;      
     
" dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang2 bertaqwa." AQT 3: 133    
    
" dan apabila kamu melihat di sana (syurga), niscaya kamu akan melihat pelbagai macam nikmat dan kerajaan yg BESAR." AQT 76:adDahr: 20     
    
Ada juga  diceritakan secara sepintas lalu dalam pelbagai hadith sahih, antaranya hadith muttafaq alaih dari Abu Sa'id alKhudri ra, bahawa ada pokok dalam syurga yang rimbunannya (canopy) adalah perjalanan 100 tahun dgn kuda. Itu baru pokok...belum lagi yang lain-lain yang ada di dalamnya. wallahualam.

3 comments:

  1. Itu kalau syurga itu dikira sebagai bulat macam planet bumi...

    ReplyDelete
  2. A’uudzu billaahi an akuuna minal jaahiliin

    ReplyDelete
  3. A’uudzu billaahi an akuuna minal jaahiliin

    ReplyDelete