Sunday 15 April 2012

Ruqyah penyembuh penyakit ghaib dan fizikal (Download Ruqyah mp3 percuma)

Saya suka berkongsi  pengalaman bersama anda tentang pengalaman saya, tentang ayat ruqyah yang di ambil dari Al-Quran. Walaupun saya bukan lah perawat di kalangan masyarakat umum, tetapi saya telah melakukan rawatan terhadap keluarga saya sendiri. Memang benar ia sangat berkesan dan  memang ada perbezaan sebelum dan selepas rawatan. Jadi saya suka untuk berkongsi  ilmu ini pada umum dengan niat nak membantu sesama manusia.  Contoh tiga penyakit yang sering di alami oleh ahli keluarga saya ialah anak kecil sering bangun malam menangis-nangis tak tentu pasal, sakit-sakit sendi  urat serta sakit kepala.
Pengalaman tidak dapat tidur sepanjang malam kerana anak menangis memanglah pengalaman yang memenatkan, ditambah pula keesokkan hari kena pergi kerja pula, sudah pastilah di tempat kerja pun tersenguk-senguk tidak boleh fokus pada kerja.
Untuk merawat anak yang bangun malam, menangis tak tentu pasal, ada dua cara, yang pertama saya baca ayat ruqyah, dengan memegang kepala anak yang nangis tu. Pada kebiasaannya selepas saya baca ayat ruqyah, anak saya akan berhenti menangis dan  tertidur, adakalanya juga belum sempat habis baca ruqyah lagi anak saya dah tertidur. Cara yang kedua jika dah tak larat sangat nak baca ruqyah  pasal biasanya anak saya menangis pada jam dekat-dekat nak pukul 12 atau selepas pukul 12 dan pernah berlaku jika di biarkan akan berlanjutan sehingga pukul 3 atau 4 pagi. Saya pasang mp3 ruqyah dah biarkan terpasang sampai pagi, biasanya selepas pasang anak saya akan tertidur sampai ke pagi.
Pasal sakit belakang , sakit urat dan sakit kepala (migrain) yang saya alami, saya syorkan supaya menghafal ayat dalam Surah Al-Mukminuun ayat 115 hingga 118. Pada kebiasaannya setelah saya baca ayat ini tersebut  kesakitan yang di rasai sembuh serta merta. Sejak saya menghafal ayat ini dan mengamalkannya, saya kurang makan panadol berbanding sebelumnya untuk menghilangkan kesakitan.
Selain dari penyakit yang saya terangkan tadi, ruqyah ini dapat mematahkan serangan sihir orang yang dengki, menghalau jin yang berada di dalam badan, penyakit yang berkaitan kejiwaan (jiwa kacau) dan pelbagai penyakit ghaib dan fizikal yang lain dapat di sembuhkan dengan syarat kita mesti yakin sepenuhnya kepada Allah, kerana Allah juga lah yang akan menyembuhkan, kita hanya berusaha sahaja.

Saya anggap mp3 Ruqyah yang saya beri pada anda ini ialah sebagai sedekah saya pada anda, antara kandungan Ruqyah tersebut seperti di bawah:
 
  Surah-surah
1. Al-Fatihah (ayat 1-7)
2. Al-Baqarah (ayat 1-5)
3. Al-Baqarah (ayat 102)
4. Al-Baqarah (163 - 164)
5.  Al-Baqarah (255)
6. Al-Baqarah ( 285-286)
 7. Ali-Imran (18-19)
 8. Al-Araf (54-56)
9. Al-Araf (117-122)
10. Yunus (81-82)
11. Toha (69)
12. Al-Mukminum (115-118)
13. As-Soffaat (1-10)
14.  Al-Ahqaaf (29-32)
15.  Ar-Rahman (33-36)
16.  Al-Hasyr (21-24)
17.  Al-Jin (1-9)
18.  Al-Iklas
19.  Al-falaq
20.  An-Naas

<<<muat turun ruqyah  mp3>>>

No comments:

Post a Comment