Monday 9 April 2012

Berapakah kelajuan Malaikat?


Dalam bab yang sebelum ini saya telah menyatakan seperti ayat dalam surah Al-Maarij ayat 4, dan berdasarkan firman Allh SWT dalam ayat ini menjadi maklumat penting dalam kiraan saya, sebelum kita mengkaji lebih mendalam mari kita hayati dalulu ayat di bawah;
   
“Para Malaikat dan Jibril naik (menghadap) Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun,”
Surah al-Maarij ayat 4.
    
Pengertian surah al-Maarij ayat 4, ini, ialah jarak antara dunia dan langit  memakan masa selama 50 ribu tahun. Dari sumber di ketahui bahawa malaikat itu di perbuat dari cahaya, kelajuan 50 ribu tahun pada surah di atas besar kemungkinan adalah kelajuan cahaya atau pun lebih laju dari kelajuan cahaya.
Dari ayat ini saya  berfikir tentang kejadian manusia,  kejadian malaikat itu sendiri dan syaitan. Seperti yang kita ketahui, manusia dijadikan dari tanah, malaikat dijadikan dari cahaya, syaitan dijadikan dari api. Jika diperhatikan ketiga-tiga kejadian ini, manusia mempunyai kelebihan dari sifat asalnya iaitu tanah, manusia boleh berfikir, boleh bergerak, dan mengambil tanah itu sendiri untuk dijadikan sesuatu seperti bercucuk tanam. Dengan mengambil sifat2 manusia ini berbanding tanah, kita boleh ketahui bahawa sudah tentulah malaikat yang di jadikan dari cahaya itu sendiri mempunyai sifat2 yang melebihi cahaya itu sendiri. Jika cahaya mempunyai kelajuan 299,792.5 kilometer sesaat, maka sudah pastilah malaikat mempunyai ciri2 kelajuan melebihi kelajuan cahaya. Syaitan pula  dijadikan dari api, kita semua tahu bahawa api itu panas sekali, tetapi api yang panas itu tidak mampu menyebabkan manusia masuk ke dalam neraka, sebaliknya sifat  syaitan lebih panas dari api lah yang mampu  menyebabkan manusia masuk ke dalam neraka.
                Berdasarkan kefahaman sifat2 malaikat di atas dan berdasarkan ayat dalam surah Al-Maarij ayat 4, di atas ia adalah data yang berguna untuk pengiraan untuk menentukan berapakah kelajuan malaikat apabila ia bergerak. Para malaikat bergerak menghadap Tuhan sehari kadarnya 50 ribu tahun kiraan kita di dunia. Ia boleh diterangkan seperti persamaan di bawah;
    
Satu hari (perjalanan malaikat bermusaffir) = 50 000 tahun (kiraan manusia di dunia) -------(1)
   
Kiraan manusia di dunia = kiraan dalam tahun cahaya -----------------------------(2)
    
Daripada sumber di ketahui bahawa jarak yang dilalui selama 1 tahun cahaya ialah sejauh 9,460,730,472,580.8 km, maka jika perjalan selama 50 000 tahun pula boleh diketahui seperti dibawah;
    
Jarak malaikat lalui dalam sehari = 9,460,730,472,580.8 km X 50 000
                                                           = 473,036,523,629,040,000 km
    
Oleh itu kita ketahui bahawa jarak yang dilalui dalam sehari kiraan malaikat dan selama 50 ribu tahun kiraan manusia di dunia ialah sejauh 473,036,523,629,040,000 km. Dengan membahagikan jarak tersebut dengan masa selama satu hari dalam saat kita boleh ketahui kelajuan malaikat seperti berikut;
   
Kelajuan malaikat = 473,036,523,629,040,000 km / (1 hari X 60 minit X 60 minit) saat
                                = 131,399,034,341,400 km per saat
    
Dari kiraan di atas kita ketahui kelajuan malaikat ialah 131,399,034,341,400 km per saat, dari sumber kita ketahui bahawa kelajuan cahaya ialah 299,792.5 km per saat.  Baru-baru ini pada Sepember 2011, European of Organization for Nuclear Research, CERN telah mengumumkan tentang satu particle yang mempunyai kelajuan melebihi kelajuan cahaya, partikel itu di namai neutrinos iaitu berkelajuan 300,006 km per saat lebih laju sedikit dari kelajuan cahaya sebanyak 213.5 km per saat. Bagi saya ia ialah satu penemuan baru yang bagus untuk kita mendekatkan diri pada Allah dan perlu mengkaji lebih mendalam lagi fenomena ini. Dengan membuat perbandingan antara kelajuan malaikat dan kelajuan cahaya, bolehlah kita umpamakan seperti dalam cerita Arnab dan kura-kura berlumba. Arnab itu umpama malaikat manakala kura-kura ialah cahaya dalam upacara lari pecut 100 meter, sudah tentulah kura-kura di tinggal jauh oleh arnab, begitulah umpamanya antara cahaya dan malaikat.
  
Wallahualam. 

No comments:

Post a Comment