Monday 9 April 2012

Al-Quran mengajar Ilmu relativity berserta dataNya yang terperinci, lebih seribu tahun lalu.


Sebelum kita membincangkan secara mendalam marilah kita menghayati lagi surah al-maarij ayat 4;
  
“Para Malaikat dan Jibril naik (menghadap) Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun,” 
 
Surah al-Maarij ayat 4.
  
Allah mengajar kepada kita bahawa pada kelajuan malaikat (131,399,034,341,400 km per saat ) mempunyai tempoh masa tidak mutlak(satu), ia terpecah kepada dua, yang pertama satu hari yang ke dua 50 ribu tahun, data tersebut seolah-olah membentuk seperti pyramid segi tiga, tiga dimensi. pengiraan data relativity yang kita ketahui dalam Al-Quran seperti ayat di atas, memerlukan kiraan tiga dimensi iaitu paksi X, Y dan Z. Setiap paksi mewakili paksi kelajuan, masa dan jarak. Paksi masa dan kelajuan boleh difahami seperti graf berikut;


 
Kita perlu mencari kelajuan minimum pada perbezaan masa relative sebanyak 1 saat. Untuk mendapatkan formula garis lurus kita boleh menggunakan persamaan garis lurus seperti berikut;
 
y=mx+c ----------------------------------------(1)
 
berdasarkan persamaan di atas paksi y mewakili kelajuan dan paksi  x mewakili masa, manakala  c pada pintasan y bersamaan kosong.  Dengan ini persamaan menjadi seperti berikut;
 
131,399,034,341,400=m1(86400)+0     ----------------------------------(2)
 
m1 = 1,520,822,156.73 km/sec2 ------------------------------(3)
 
oleh itu persamaan 3 menjadi seperti berikut;
 
y=1,520,822,156.73x -------------------------(4)
 
persamaan 3 ialah kecerunan m1 pada kadar (satu hari) ialah 1,520,822,156.73 km/sec2. Dengan teknik yang sama boleh di kira berapa kecerunan m2 untuk kadar 50 ribu tahun seperti berikut;
 
131,399,034,341,400=m2(1,576,800,000,000)+0 -----------------------------(5)
 
m2 = 83.3327209166667km/sec2 ----------------------------------------(6)
 
oleh itu persamaan 6 menjadi seperti berikut;
 
y=83.3327209166667x -------------------------------------(7)
 
untuk mendapat kelajuan relative sebanyak 1 saat pada kelajuan minimum samakan persamaan 4 dan 7, seperti berikut;
 
y=1,520,822,156.73x -----------------------(8)
 
y=83.3327209166667(x+1) ---------------------(9)
 
oleh itu persamaan 8 menjadi seperti berikut;
 
x=y/1520822156.72917 -------------------------------(10)
 
dan persamaan 9 menjadi seperti berikut;
 
x=(y/83.3327209166667)-1 ---------------------------(11)
 
samakan persamaan 10 dan 11 menjadi seperti berikut;
 
y/1520822156.72917=(y/83.3327209166667)-1 -----------------------------------(12)
 
kelajuan minimum utk perbezaan masa 1 saat ialah y adalah seperti berikut;
 
y= 83.3327254828434 km/ sec      ---------------------------(13)
 
dari pada persamaan 13 kita sudah ketahui bahawa kelajuan minimum 83.3km per saat, untuk mendapatkan perbezaan 1 saat fenomena relativity. Dari sumber kita ketahui bahawa kelajuan cahaya ialah 299,792 km per saat dan kita tahu kelajuan minimum fenomena relativity sebanyak 1 saat adalah lebih rendah dari kelajuan cahaya. Dari sumber, ISS  bergerak pada kelajuan 7.71 km per saat lebih rendah dari kelajuan relativity satu saat. Persoalan penting perlu dijawab ialah berapa jarak yang diperlukan untuk kelajuan 83.3 km per saat ini untuk mendapatkan fenomena relativity 1 saat ini?. Untuk mendapatkan jaraknya, kita boleh menggunakan paksi halaju dan jarak seperti berikut;




Untuk intrepetasi data pada graf di atas kita gunakan persamaan garis lurus seperti  persamaan 1 menjadi seperti di bawah;
 
473,036,523,629,040,000 =m3(131,399,034,341,400 )+0 ------------------------(13)
 
Persamaan menjadi seperti berikut;
 
y=360x -----------------------------------(14)
 
masukkan nilai kelajuan minimum 83.3km per saat ke dalam persamaan 14 dan hasilnya seperti berikut;
 
y=29,999.8 km ----------------------------------------(15)
 
Daripada semua pengiraan saya di atas,kita boleh membuat kesimpulan bahawa untuk mendapat perbezaan relativiti 1 saat, kelajuan v mestilah 83.3 km per saat bersamaan 255.56 march kelajuan bunyi, untuk jarak sesaran sejauh 29,999.8 km yang mengambil masa selama 360 saat bersamaan 6 minit. 

Kesimpulan dari pengiraan saya ini, boleh di buktikan dengan cara set dua jam, kedua-dua jam tersebut
mestilah sama tepat waktu jam, minit dan saatnya. Satu daripada jam tersebut di tinggal di bumi (dalam
rumah anda) satu lagi di bawa bersama anda ke dalam pesawat yang mempunyai kelajuan tinggi.
Pesawat yang anda naiki itu mestilah terbang sejauh 29,999.8 km, dengan halaju tetap pada kelajuan
83.3 km per saat (255.56 march) yang mengambil masa selama 360 saat bersamaan 6 minit. Setelah
mendarat cuba bandingkan kedua-dua jam anda itu. Jika benar perkiraan saya ini, jam yang anda bawa
bersama  akan kurang  satu saat berbanding jam yang anda tinggalkan di rumah. Ini secara tak
langsung umur anda juga akan lebih muda selama 1 saat berbanding umur manusia bumi.
Jika lah benar perkiraan saya, data dari Al-Quran dari Surah al- Maarij ayat 4, telah berada di dunia depan mata kita semua lebih dari satu ribu tahun dahulu. Jika ujian ini gagal Al-Quran tetap benar sebaliknya terdapat kesalahan pada perkiraan saya yang entah dimana. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment